Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

02 February 2012

PKSR Bahasa Arab 2012

Ramai yang tertannya-tanya tentang status pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) bagi mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah kebangsaan yang melaksanakannya.

Bagi tahun 2012, BPK telah memutuskan bahawa kelas-kelas yang menjalankan KSSR (iaitu tahun satu dan dua) hendaklah menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan menggunakan Dokumen Standard Prestasi yang telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Ini bererti, guru yang mengajar tahun satu dan dua pada tahun ini tidak lagi perlu menjalankan PKSR bagi mata pelajaran ini sepertimana tahun-tahun sebelum.

Sehubungan itu, pada tahun 2012 ini, PKSR hanya dijalankan kepada murid-murid tahun tiga, empat, lima dan enam sahaja. Konsep pelaksanaan PKSR bagi kelas-kelas ini adalah sama dengan tahun-tahun yang lepas, iaitu tahun tiga dilaksanakan pada setiap topik manakala bagi kelas-kelas tahap dua (tahun empat, lima dan enam) pelaksanaannya dilakukan pada pertengahan dan akhir tahun.

Bagi soalan PKSR tahun tiga, guru boleh menggunakan soalan sama yang digunakan pada tahun lepas. Ianya juga masih boleh dimuat turun di laman WEB BPK di
www.moe.gov.my/bpk
atau di pautan berikut ;
http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=142&Itemid=71



Soalan PKSR pertengahan dan akhir tahun bagi kelas-kelas tahun empat, lima dan enam pula, akan dimuat naik di dalam laman WEB tersebut selewat-lewatnya pada bulan April nanti. Ini berikutan BPK sedang berusaha untuk menambah baik soalan-soalan tersebut.


Kesemua markah murid dari PKSR ini perlu dilaporkan di dalam E-Pelaporan j-QAF sepertimana biasa.


admin : Semoga guru dapat melaksanakan penilaian dan pentaksiran dengan lebih baik tanpa rasa terbeban walaupun berat... :P

ihsan dari - http://miorjqaf.blogspot.com/

24 January 2012

Kutipan Data Maklumat Guru Pend. Islam Sarawak

Unit Data dan Maklumat, Sektor Pendidikan Islam dalam proses untuk mengutip data yang sebenar guru-guru pendidikan Islam (GPI / GTPI / GJQ) di semua sekolah rendah dan menengah yang ada kuota Guru Pendidikan Islam. Kerjasama semua Ketua Panitia Pendidikan Islam untuk mengisi borang berkenaan dengan betul dan sahih. Sila hubungi Ustaz Mohd Hamami Salleh ditalian 082-276397 untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

1. Surat Iringan PPD

2. Surat Iringan SM

3. Lampiran 1 SR

4. Lampiran 1 SM

Dipetik dari SPI Sarawak

Muqaddimah

Assalamualaikum...

Segala puji-pujian hanya untuk-Mu Allah, Tuhan penguasa sekalian alam. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat, tabiin dan penerus generasi mukmin hingga Hari Kiamat.

Mengambil kira beberapa faktor.. Saya mengambil langkah untuk mencuba berkongsi maklumat yang tak seberapa untuk dijadikan rujukan bersama.. Selama ini sumber hanya boleh didapati dari semenanjung sahaja.. Manakala dari JU Sarawak hanya melalui "sedutan" pendrive sahaja.. adakalanya maklumat tidak sampai sepenuhnya kepada rakan-rakan yang kurang maklumat..

Saya tidaklah menjanjikan ketepatan rujukan memandangkan saya juga bukanlah dari kalangan JU tapi insya allah saya akan cuba sedaya mungkin untuk berikan yang terbaik untuk rakan2 khasnya dan masyarakat umumnya.. Jika ada rakan-rakan yang mempunyai maklumat khususnya untuk JQAF Sarawak, mohon dimaklumkan kepada saya agar dapat saya link kan di sini.. emailkan ke shah81zan@yahoo.com

Akhir kata, semoga blog ini mampu memberikan input yang berguna untuk saya dan sesiapa jua. Semoga segala usaha baik kita diberkati Allah Taala.

Wassalam.